Tip-Tip Menjadi Sahabat Yang Baik (:
Sunday, 16 December 2012 | 00:56 | 0 comments

Assalamualaikum semua ! mira tengah bosan petang nie . Family tak bawak jalan-jalan . Hmmm . Mira nak kongsikan tentang tip-tip menjadi sahabat yang baik (: . Korang semua mesti ada kawan kan ? :D , mesti semua baik-baik . Right xD ? hehehe .
TIP-TIP MENJADI SAHABAT YANG BAIK (:
ÿ Memulakan memberi salam apabila bertemu.
Motivasi: Memberi salam terlebih dahulu tanda merendah diri seseorang kepada Allah. Allah sangat cinta pada hamba yang tawaduk.
Memanggil nama sahabat dengan nama yang disukainya sama ada di depan atau di belakangnya.
Motivasi: Kita juga suka orang menyebut nama yang kita senangi sama ada di depan maupun di belakang kita. Jadi lakukan perkara yang sama pada kawan kita.
ÿ Menumpukan perhatian tatkala sahabat bercakap serta elakkan memotong cakapnya.
Motivasi: Allah suka kepada seseorang yang fokus dan mengambil berat terhadap orang lain.
Memberi pertolongan kepada sahabat yang memerlukannya tanpa menunggu dia memintanya. Kalau dia memohon bantuan, wajib kita bantu setakat termampu.
Motivasi: Allah menolong seseorang selagimana dia menolong sesama insan dalam kebaikan.
ÿ Mengutamakan keperluan dan kepentingan sahabat dari kepentingan diri.
Motivasi: Allah mengasihi seseorang yang mampu mendahulukan keperluan orang lain mengatasi dirinya sendiri. Allah sebaik-baik pemberi rezeki. Apa yang kita berikan akan diganti dengan yang lebih baik
Memandang dan membuat anggapan positif terhadap sikap sahabat. Elakkan prejudis pada mereka.
Memandang dan membuat anggapan positif terhadap sikap sahabat. Elakkan prejudis pada mereka.
Motivasi: Secara tidak disedari, orang yang suka bersangka buruk pada orang lain telah menghukum di atas perkara yang tidak diketahui dengan jelas. Allah membantu seseorang yang suka bersangka baik dengan orang lain.
ÿ Sekiranya dia minta maaf, terima saja apa alasan yang diberikan tidak kira benar atau tidak.
Motivasi: Serahkan sahaja perkara yang tidak diketahui kepada Allah. Lagi pula, Allah tidak akan bertanya pada kita apakah kawan kita berbohong atau tidak. Yang pasti, Allah akan tanya kita apakah kita telah memaafkan sahabat yang telah meminta maaf.
Tidak mengulang tayang kesalahan atau keburukannya yang pernah dilakukan pada kita.
Motivasi: Apakah kita suka kalau sahabat kita mengungkit kesalahan kita yang lalu sedangkan kita sudah menginsafinya.
ÿ Elakkan berkelahi pada perkara remeh temeh. Apatah lagi mengeluarkan kata-kata kesat.
assalamualaikum . Byeeeeee !



Im not beauty queen . Im just Beautiful Me.
Site
Skin by ; 




